Penang FC sekat hajat Kuching City bawa pulang tiga mata penuh

Penang FC sekat hajat Kuching City bawa pulang tiga mata penuh

PEMAIN Penang FC, Rodrigo Dias (kanan) cuba melepasi kawalan seorang pemain Kuching City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam ini.-GAMBAR/PENANG FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Hasrat Kuching City FC untuk membawa pulang tiga mata penuh dari Stadium Bandaraya tidak kesampaian apabila wakil Sarawak itu sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Penang FC dalam saingan Liga Super malam ini.

Pelawat bagaimanapun bermula garang apabila terlebih dahulu menggegar gawang tuan rumah iaitu seawal minit ke-3 perlawanan.

Gol berpunca daripada hantaran silang pemain pertahanan Kuching City, Jimmy Raymond yang mengenai Nik Akif Syahiran Nik Mat sebelum pemain tengah itu tertampan bola ke gawang sendiri.

Pengadil, Muhammad Shukor Zulkiflee bagaimanapun membatalkan gol tersebut beberapa minit kemudian selepas melihat Video Bantuan Pengadil (VAR) yang menyaksikan berlaku satu kekasaran sebelum gol itu dijaringkan.

Masuk babak kedua, Penang FC dilihat mula mendapat rentak apabila berjaya melancarkan beberapa serangan berbahaya ke kubu pelawat, namun, digagalkan oleh sentuhan penyudah yang tumpul.

Kuching City seterusnya berpeluang untuk berada di depan selepas pemain import mereka, Petrus Shitembi dijatuhkan oleh Richmond Ankrah dalam kotak penalti pada minit ke-66.

Muhammad Shukor bagaimanapun sekali membuat keputusan yang dilihat menyebelahi tuan rumah apabila tidak membenarkan sepakan penalti diambil selepas melihat ulang tayang rakaman insiden itu melalui VAR.

Asakan demi asakan akhirnya membuahkan hasil apabila pelawat berjaya menjaringkan gol menerusi satu serangan balas pantas pada minit ke-74 menerusi Jordan Mintah.

Walaupun bertindak membatalkan jaringan tersebut kerana ofsaid pada mulanya, namun, Muhammad Shukor bagaimanapun membenarkan gol itu selepas merujuk rakaman VAR.

Tersentak dengan jaringan terbabit, Penang FC kembali memperkemaskan serangan mereka dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-84 menerusi pemain gantian, Alif Ikmalrizal Anuar.

Keputusan 1-1 akhirnya kekal sehingga wisel penamat ditiupkan sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya