Pemuda direman enam hari ragut lelaki 77 tahun

Pemuda direman enam hari ragut lelaki 77 tahun

SUSPEK kes ragut (dua dari kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang untuk mendapatkan perintah reman, hari ini.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seorang pemuda direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes ragut membabitkan seorang lelaki warga emas di Jalan Raja Uda di sini, semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal di Mahkamah Majistret Butterworth terhadap suspek berusia 33 tahun bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang mempunyai 10 rekod lampau berkaitan jenayah itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 10.45 pagi dengan berpakaian baju lokap serta diiringi anggota polis.

Difahamkan, suspek yang menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX-5 meragut beg milik mangsa yang ketika itu sedang berjalan kaki menuju ke keretanya di Jalan Raja Uda di sini, kira-kira pukul 9 pagi, semalam.

Akibat kejadian itu, mangsa yang berusia 77 tahun mengalami kerugian berjumlah ribuan ringgit selepas kunci kereta, telefon bimbit serta barangan peribadi lain yang berada dalam beg tersebut turut hilang.

Difahamkan juga, polis bagaimanapun berjaya memberkas suspek pada hari yang sama iaitu di kawasan perumahan sekitar Hujung Batu di sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya