Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2

Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2

BOM tangan yang ditemukan seorang pemotong rumput di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Bukit Besi, Dungun, Terengganu hari ini. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang lelaki terkejut menemukan sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di kawasan susur keluar Plaza Tol Bukit Besi di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini, kira-kira pukul 12.50 tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, ketika sedang memotong rumput, lelaki itu ternampak objek yang mencurigakan dan selepas didekati, dia cemas  mendapati objek itu merupakan sebutir bom tangan.

“Lelaki itu kemudiannya menghubungi talian 999 untuk memaklumkan penemuan objek itu sebelum  polis ke lokasi kejadian untuk memeriksa objek tersebut dan laluan lebuh raya itu ditutup sementara beberapa meter bagi tujuan keselamatan,” katanya.

Menurut Maizura, bom itu kemudian dilupuskan oleh pasukan unit pemusnah bom dari Ibu pejabat Polis Kontinjen negeri Terengganu kira-kira pukul 4 petang dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang dipercayai meletakkan bom tangan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya