Pemergian Abu Bakar kehilangan besar - Ahmad Zahid

Pemergian Datuk Kor kehilangan besar – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi berkongsi foto kenangannya ketika melawat Abu Bakar Ali di sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur, baru-baru ini. -FB AHMAD ZAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Datuk Abu Bakar Ali yang meninggal dunia petang ini sebagai satu kehilangan besar kepada rakyat.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, beliau berdukacita dengan pemergian Abu Bakar, 79, atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Kor.

“Menerima perkhabaran duka pemergian sahabat saya, Datuk Abu Bakar Ali yang lebih mesra saya panggil Datuk Kor, mantan ADUN Kemasik, yang telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi.

“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, tetapi juga kepada rakyat yang telah menerima khidmat bakti Allahyarham selama ini,” katanya.

Menurutnya, beliau berpeluang menziarahi arwah pada 20 Februari lalu ketika dirawat di sebuah hospital pakar di Damansara, Kuala Lumpur.

“Kenangan itu sentiasa tersimpan kemas di ingatan. Saya ambil kesempatan untuk mengucapan takziah buat seluruh ahli keluarga dan semoga mereka diberi ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya