Pembinaan projek insinerator WTE bermula pertengahan tahun ini - Utusan Malaysia

Pembinaan projek insinerator WTE bermula pertengahan tahun ini

RAIS Yasin melihat minyak masak terpakai yang berjaya dikumpulkan pada Program Anda Kitar Kami Bayar Perdana (AKKB)  Kitar Semula Komuniti Lestari di Dataran MBMB, Melaka hari ini.-UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pembinaan Loji Sisa ke Tenaga (WTE) atau insinerator di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang di sini dijangka bermula pertengahan tahun ini selepas lama tertangguh.

Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, perkara itu telah dimaklumkan Ketua Pengarah Jabatan Sisa Pepejal Negara, Datuk Dr. Mohd. Azhar Hamid sewaktu melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh baru-baru ini.

Menurutnya, pada pertemuan tersebut Mohd. Azhar memaklumkan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melaksanakan pembinaan WTE melibatkan kos sebanyak RM40 juta yang dijadualkan bermula pertengahan tahun ini.

“Insya-Allah tahun ini ada perkembangan, sebab peruntukan sudah lulus, kita hanya menunggu insinerator dapat dilaksanakan dengan kadar segera.

“Pembinaan WTE perlu dipercepatkan dengan mengambil kira jumlah peningkatan sisa pepejal, keluasan tapak pelupusan yang terhad dan paling utama keharmonian penduduk setempat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Anda Kitar Kami Bayar Perdana (AKKB)  Kita Semula Komuniti Lestari di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini hari ini.

Mengulas lanjut Rais berkata, kelewatan pembinaan WTE boleh menyebabkan lebih banyak tapak pelupusan sampah haram memandangkan jangka hayat tapak pelupusan di Sungai Udang tamat pada bulan Mac 2026. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya