Pembinaan lebuh raya Gopeng-Kuala Kangsar bermula dalam tempoh enam bulan - Utusan Malaysia

Pembinaan lebuh raya Gopeng-Kuala Kangsar bermula dalam tempoh enam bulan

MOHAMMAD Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar pada perasmian Jambatan Enggor yang baharu sebagai menggantikan jambatan lama yang rosak akibat tanah runtuh pada 2023 dekat Kuala Kangsar, Perak.- UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) menghubungkan Gopeng dan Kuala Kangsar dijangka akan dilaksanakan selewat-lewatnya enam bulan lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, projek itu telah diambil alih oleh Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi membina lebuh raya sepanjang 65 kilometer antara Gua Tempurung dan Manong.

“Ketika ini pihak perunding sedang melakukan beberapa penilaian. Tujuan utama untuk mengelakkan terowong Menora (Lebuhraya Utara-Selatan)

“Sekurang-kurangnya lagi tiga atau empat bulan (pembinaan bermula). Mungkin enam bulan termasuk kerja penilaian itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jambatan Enggor yang baharu di laluan A156 Jalan Jawang/Karai/Trosor di sini hari ini.

Lebuh raya WISE itu bakal dilengkapi tiga lorong dua hala dengan laluannya bermula di Gopeng melalui Batu Gajah, Siputeh, Manong, Tronoh, Beko, Seri Iskandar dan seterusnya Kuala Kangsar.

Mohammad Nizar melihat lebuh raya baharu itu adalah laluan alternatif khususnya buat kenderaan berat bagi mengelakkan mereka tertumpu kepada laluan mendaki berdekatan Terowong Menora.

Beliau juga berkata, pembinaan itu bakal melibatkan lebih 1,600 lot tanah termasuk yang telah dikenal pasti untuk dibuat pengambilan dan pemberian pampasan.

“Pembinaan ini juga melibatkan tiga daerah iaitu Perak Tengah, Kinta dan Kuala Kangsar. Kerajaan negeri akan pastikan pentadbir di ketiga-tiga daerah ini memberikan kerjasama secepat mungkin,” katanya.

Tambahnya, lebuh raya itu bakal memiliki lima persimpangan keluar terutama di kawasan tumpuan selain dua pusat rehat dan rawat (R&R). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya