Pembantu kedai makan buang bayi ditahan

Pembantu kedai makan buang bayi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang pembantu kedai makan yang disyaki terlibat dengan kes pembuangan bayi perempuan di sebuah kedai makan sekitar Kampung Rama, Kuala Sanglang dalam kejadian pada 19 Januari lalu ditahan polis di sebuah rumah di sini semalam.

Wanita warga tempatan berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah sekitar kawasan Simpang Empat, di sini kira-kira pukul 2.55 pagi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, hasil siasatan awal, wanita berkenaan tinggal bersama empat anak yang masih kecil manakala suaminya pula didapati berada di pusat pemulihan dadah.

Katanya, siasatan juga mendapati suspek mengaku terlibat membuang bayi itu, namun polis masih menunggu pengesahan menerusi hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA)

“Berikutan itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit, sekeping kad sim, sekeping memori kad, gunting, cadar berwarna coklat, putih dan sampel uri yang dibakar suspek,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Pada 20 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan, seorang penjaga setor sayu saat menemukan seorang bayi perempuan dalam keadaan cukup sifat yang ditinggalkan di gerai makan di hadapan rumahnya di Kampung Rama, Kuala Sanglang, di sini.

Mohamad Hasnol Jeffri, 43. dan isterinya, Siti Mariam Abdullah, 37, juga terkesan dengan penemuan bayi berkenaan memandangkan mereka telah menantikan kehadiran cahaya mata lebih 10 tahun.

Pasangan tersebut menemukan bayi itu di dalam beg di atas meja sebuah kedai makan selepas mendengar suara tangisan sewaktu mereka ingin keluar bersarapan.

Yusharifuddin dalam pada itu berkata, suspek dipercayai telah melahirkan bayi berkenaan pada 18 Januari sekitar pukul 6.30 petang di dalam tandas sebuah rumah di Jalan Tok Pulau, Kampung Permatang Kersek, di sini, seorang diri.

“Suspek kemudian telah pergi ke kedai makan itu dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi milik rakannya untuk meninggalkan bayi tersebut. Buat masa ini, bayi berkenaan masih di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dan berada dalam keadaan sihat,” katanya.

Katanya, suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam sehingga Rabu dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya