Pembangkang tidak terima Peruntukan Khas Perdana Menteri

Pembangkang tidak terima Peruntukan Khas Perdana Menteri – Hamzah

hamzah
HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Pembangkang mendakwa tidak menerima Peruntukan Khas Perdana Menteri berjumlah RM1.7 juta bagi kawasan Parlimen di Semenanjung dan RM2.2 juta bagi Sabah serta Sarawak seperti diumumkan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, peruntukan yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa itu hanya dinikmati oleh ahli-ahli Parlimen kerajaan sahaja.

“Nak update (kemas kini) macam mana kalau tidak ada yang mereka (kerajaan) buat atau jemput kita (untuk) duduk dan sebagainya? Peruntukan itu hanya diberi kepada mereka, bukan kita.

“Sebab itu sekarang sudah banyak penyelaras Parlimen yang mereka sudah lantik (untuk menyelaras di kawasan pembangkang),” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Terdahulu, Dr. Zaliha dilaporkan berkata, peruntukan khas Perdana Menteri itu diperoleh sejak 2023 hingga tahun lalu.

Beliau berkata, peruntukan kawasan Parlimen ini hanyalah sebagai penambah dan pelengkap kepada peruntukan di bawah Rancangan Malaysia lima tahun.

Jelasnya, peruntukan tersebut bukanlah satu-satunya yang tersedia bagi tujuan pembangunan kawasan Parlimen, sebaliknya terdapat peruntukan lain disediakan pelbagai kementerian dan badan berkanun seperti Lembaga Kemajuan Wilayah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya