Pemandu Myvi maut selepas kereta masuk laluan bertentangan

Pemandu Myvi maut selepas kereta masuk laluan bertentangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kereta lain di Jalan Semenyih-Kajang, menghala ke arah Semenyih dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian dipercayai berlaku 11.15 malam ketika tiga buah kereta daripada arah Beranang menghala ke Semenyih.

“Semasa melalui Jalan Semenyih-Kajang, sebuah kereta Perodua Myvi dari arah Semenyih telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar tiga sebelum berpusing dan terbabas di tepi jalan.

“Akibat dari kemalangan ini, seorang wanita warga tempatan berusia 21 tahun (pemandu Myvi) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang pemandu di bawa ke Hospital Kajang untuk mendapat rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, dua lagi pemandu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Narolhisyam Endi di talian 019-5897115,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya