Pemandu lori warga asing rempuh 14 kenderaan depan sekolah

Pemandu lori warga asing rempuh 14 kenderaan depan sekolah

KENDERAAN yang mengalami kerosakan akibat dirempuh sebuah lori yang hilang kawalan di depan SK Tansau, Putatan, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTATAN: Dua beranak hampir menjadi mangsa rempuhan lori yang dipercayai hilang kawalan semasa tiba di Jalan Duvanson berdepan Sekolah Kebangsaan (SK) Tansau di sini, hari ini.

Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka (dash cam) kenderaan yang tular dalam laman sosial, tindakan pantas seorang lelaki berjaya menyelamatkan diri dan anaknya daripada rempuhan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu, lori yang dipandu lelaki berusia 56 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 14 kenderaan yang diletakkan di bahu jalan.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, salah seorang pemandu kenderaan yang dilanggar mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

“Kemudian, pemandu lori yang merupakan lelaki warga asing itu telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, polis meminta saksi kejadian tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Azmi Adamb di talian 012-8434330. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya