Pemandu lori cuai dipercayai punca nahas ragut dua sekawan - Utusan Malaysia

Pemandu lori cuai dipercayai punca nahas ragut dua sekawan

LORI terbabas dan masuk ke laluan bertentangan dipercayai punca kemalangan meragut nyawa dua sekawan di Kilometer 107 Jalan Kota Bharu- Gua Musang berhampiran Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, Kelantan. -IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Kemalangan yang meragut nyawa dua sekawan di Kilometer 107 Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Kampung Sungai Sam, petang semalam dipercayai akibat kecuaian pemandu lori yang terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila sebuah lori dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur bertembung dengan kereta Perodua Axia dari arah Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian, lori tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Axia.

“Pertembungaj tersebut mengakibatkan pemandu dan penumpang belakang Perodua Axia yang masing-masing berusia 27 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Dua lagi penumpang Perodua Axia dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk mendapat rawatan manakala pemandu lori dan pemandu Honda City hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan hajat sepasang suami isteri untuk menghadiri majlis kenduri di Machang dekat sini tidak kesampaian apabila kereta yang mereka naiki bersama dua rakan bertembung sebuah lori di Kilometer 107, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Sungai Sam.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya