Pemandu BMW langgar wanita serah diri

Pemandu BMW langgar wanita serah diri

TANGKAP layar rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan menunjukkan seorang penunggang wanita terjatuh selepas dilanggar pemandu BMW di BORR, Bagan Ajam, Pulau Pinang, Khamis lalu.-GAMBAR/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seorang pemandu kereta jenis BMW yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar seorang penunggang motosikal wanita Khamis lalu, tampil menyerah diri semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, lelaki berkenaan yang berusia 28 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Trafik SPU.

Katanya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, media melaporkan polis sedang mengesan pemandu BMW yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) menghala Bagan Ajam, Khamis lalu.

Sebelum ini, tular dua video rakaman kamera papan pemuka atau ‘dashcam’ di media sosial berdurasi 20 dan 21 saat memaparkan insiden langgar lari berkenaan jam 8.44 pagi. 

Menerusi video berkenaan, mendapati wanita yang menunggang sebuah motosikal terjatuh selepas dilanggar pemandu sebuah BMW berwarna putih yang kemudian melarikan diri- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya