Pemandu Alza bebas dengan jaminan, ujian air kencing negatif

Pemandu Alza bebas dengan jaminan, ujian air kencing negatif

TANGKAP layar daripada rakaman kamera papan pemuka kenderaan lain menunjukkan Perodua Alza merempuh penunggang motosikal di Jalan Huli Langat-Ampang, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Pemandu Perodua Alza yang terbabit dalam kemalangan meragut nyawa seorang penunggang motosikal di Jalan Hulu Langat-Ampang kelmarin, dibebaskan dengan jaminan polis selepas ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk menunggu laporan pemeriksaan kenderaan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Semakan mendapati pemandu berusia 27 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang Ahad itu, Perodua Alza yang dipandu suspek dari arah Ampang dikatakan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh lima kenderaan lain.

Nahas itu mengorbankan seorang pelajar cemerlang, Aysar Zahran Saiful Alimin yang merupakan penerima biasiswa MyPAC-Maybank Islamic Berhad bagi program ACCA-FIA di TYMBA.

Jenazah disolatkan di Masjid Al-Muttaqin dan dikebumikan pada di Tanah Perkuburan Batu 16, Hulu La­ngat pada pukul 4.30 petang semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya