Peluang Shah Firdaus tawan keirin

Peluang Shah Firdaus tawan keirin

Muhammad Shah Firdaus Sahrom akan memulakan cabaran acara keirin pada Kejohanan Basikal Trek Asia 2025 di Velodrom Nasional, Nilai, hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus akan memulakan cabaran keirin lelaki elit Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 di Velodrom Nasional, Nilai hari ini walaupun masih dibelenggu kecederaan lutut.

Atlet berusia 28 tahun itu berkata, tanggungjawab untuk beraksi tetap perlu dipikul biarpun perlu mengharungi kesakitan.

“Saya tahu keadaan lutut ini bukan yang terbaik, tetapi tiada ruang untuk mengelak. Keirin adalah acara yang perlu saya sertai, jadi saya kena ketepikan segala kesakitan dan berikan yang terbaik.

“Sekarang saya hanya perlu fokus satu demi satu pusingan dan memastikan layak ke final kerana peluang kali ini lebih terbuka,” katanya.

Pelumba kelahiran Muar itu turut mengakui bahawa ketiadaan jaguh Jepun, Kento Yamasaki, yang juga juara dunia, sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada pencabar lain.

“Memang persaingan masih sengit kerana pelumba lain juga hebat, tetapi tanpa Yamasaki, peluang lebih terbuka. 

“Apa pun, saya perlu bijak mengatur strategi kerana keirin bukan sekadar kayuhan laju, tetapi juga permainan taktikal,” jelasnya.

Sebelum ini, Shah Firdaus berjaya meraih pingat gangsa dalam acara pecut individu lelaki, sekali gus menjadi tonik terbaik buatnya untuk turun ke saingan keirin dengan keyakinan tinggi.

“Pingat gangsa sebelum ini memberikan motivasi tambahan. Sekarang saya mahu fokus dan pastikan dapat memberikan aksi terbaik untuk negara,” tambahnya.

Keirin dijadual berlangsung hari ini dengan harapan Shah Firdaus mampu mengharumkan nama Malaysia di pentas Asia.

Pada edisi lepas, Shah gagal untuk mendapatkan sebarang pingat dalam acara Keirin selepas gagal untuk mara ke pusingan akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya