Pelarasan T15: Beri masa kepada Kementerian Ekonomi- Amir Hamzah

Pelarasan T15: Beri masa kepada Kementerian Ekonomi- Amir Hamzah

Amir Hamzah Azizan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati dalam menetapkan tangga pendapatan bagi klasifikasi 15 peratus teratas kumpulan berpendapatan tinggi (T15) bagi memastikan keputusan yang lebih tepat dan adil.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, Kementerian Ekonomi perlu diberikan masa untuk mengenal pasti tangga pendapatan yang tepat sebelum diumumkan.

“Kita berharap Kementerian Ekonomi akan memuktamadkan perkara itu dalam masa terdekat tetapi apa yang penting ialah usaha memuktamadkan tangga pendapatan terbabit perlu dibuat dengan kefahaman dan data yang tepat.

“Kita tidak mahu buat dengan cepat atau laju kerana tidak mahu salah. Jadi beri masa untuk Kementerian Ekonomi habiskan usaha mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) bawah CIMB di Pusat Komuniti Pinggiran Bukit Jalil 2, di sini, hari ini.

Pada Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan masih belum memuktamadkan klasifikasi pendapatan T15 yang dijangka dikecualikan daripada beberapa subsidi tahun ini.

Kerajaan turut menolak tanggapan sesetengah pihak yang mentakrifkan T15 sebagai isi rumah berpendapatan RM12,000 ke atas, sebagaimana definisi yang digunakan ketika ini. 

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pula menjelaskan bahawa klasifikasi T15 akan ditentukan berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah serta lokasi tempat tinggal mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya