Pelakon Roslan Salleh meninggal dunia pada pagi Jumaat - Utusan Malaysia

Pelakon Roslan Salleh meninggal dunia pada pagi Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Roslan Salleh, 68, dilaporkan telah menghembuskan nafas yang terakhir dalam tidur pada pagi Jumaat.

Berita itu dikongsikan anak kepada perempuannya, Farahanis Roslan menerusi hantaran di akaun Facebook.

Jenazah akan diuruskan di Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Melaka dan dikebumikan selepas solat Jumaat.

Terdahulu, media melaporkan Roslan mengalami diabetes kronik menyebabkannya terlantar selain tidak boleh melihat.

Sepanjang 30 tahun bergelar anak seni, Roslan sudah terlibat menjayakan beberapa naskhah popular seperti Sembilu 2, Gerak Khas The Movie 2, Munafik 2, Anak Perjanjian Syaitan dan Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda.

Allahyarham Roslan meninggalkan seorang balu, tiga cahaya mata dan 10 cucu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN