Pekerja kilang maut dilanggar kereta

Pekerja kilang maut dilanggar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Seorang pekerja kilang maut dalam kemalangan di Persiaran Jenjarom, Bukit Sentosa, selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan dalam kejadian di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar pukul 9.30 malam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 8.40 malam ketika mangsa, lelaki tempatan berusia 46 tahun, menunggang motosikal Modenas dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya.

“Ketika tiba di persimpangan Persiaran Jenjarom, sebuah kereta secara tiba-tiba melintas di hadapan mangsa, menyebabkan motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang terjatuh kemudian dilanggar sebuah motosikal Yamaha Y15ZR.

“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Jenazah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Khairul Salleh Abdull Rahman di talian 011-33293547,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya