Pegawai askar dilapor hilang

Pegawai askar dilapor hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kehilangan seorang pegawai askar, Mejar Mohd. Zainuddin Ishak selepas tidak hadir bertugas di Kem Wardieburn, Setapak dekat sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai Kem Wardieburn pada 7.08 petang, kelmarin di Balai Polis Jalan Tun Razak.

“Laporan dibuat susulan pegawai (Mohd. Zainuddin) dikesan tidak hadir bertugas.

“Kes stakat ini diklasifikasikan sebagai orang hilang (OH),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam tular status dimuat naik seorang pemilik Facebook, Abu Mikhail Mohd Fauzi yang meminta bantuan orang ramai bagi mengesan abang iparnya yang hilang.

Katanya, Mohd. Zainuddin dilaporkan hilang bersama Perodua Ativa dengan nombor plat kenderaan, VGU 3986 selepas keluar dari rumah keluarga kira-kira pukul 7 petang, Ahad lalu.

“Bagaimanapun, dia hilang tanpa dikesan sehingga sekarang.

“Orang ramai mempunyai maklumat boleh berhubung dengan isteri di talian 012-4493952 atau balai polis berdekatan,”katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya