PDRM terima baik keputusan AGC tidak teruskan pertuduhan peserta himpunan

PDRM terima baik keputusan AGC tidak teruskan pertuduhan peserta himpunan

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima baik keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap individu yang terbabit dalam perhimpunan tanpa notis kebenaran di hadapan Menara Kinabalu, Likas, Sabah pada 31 Disember lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebelum ini pihak polis membuka dua kertas siasatan berkaitan perhimpunan yang diadakan di hadapan persimpangan keluar Jalan PPNS 1 di pusat pentadbiran negeri Sabah itu.

Katanya, dalam perhimpunan tersebut, terdapat dua pihak yang menyokong dan menentang pelantikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 atas kegagalan menghantar notis pemberitahuan yang lengkap kepada pihak polis.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat pendakwaan pada 10 Februari lalu dan hari ini AGC telah memutuskan untuk tidak meneruskan pertuduhan ke atas kedua-dua penganjur.

“Kita akur dan menerima baik keputusan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak polis menjalankan siasatan secara adil dan saksama berlandaskan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah dan Perkaea 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, ia memperuntukan sama ada memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Peguam Negara.

“Kerajaan juga telah memutuskan meminda dan menambah baik Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) selaras dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Media hari ini melaporkan AGC memutuskan untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap individu yang terbabit dalam perhimpunan tanpa notis kebenaran di hadapan Menara Kinabalu, Likas, pada 31 Disember lalu.

Keputusan itu dibuat selepas penelitian semula dilakukan terhadap kes yang disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Dalam kenyataan AGC hari ini, ia memaklumkan prosiding terhadap individu berkenaan dihentikan selaras dengan Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.

“Setelah membuat pertimbangan yang teliti, AGC memutuskan untuk tidak meneruskan dengan pertuduhan dan memberhentikan prosiding ke atas individu-individu yang terbabit selaras dengan Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.

Disember tahun lalu, kira-kira 200 peserta perhimpunan Gempur Rasuah Sabah anjuran Suara Mahasiswa berkumpul di hadapan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum berarak kira-kira 3.4 kilometer dan tiba di hadapan Menara Kinabalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya