PBS Kuala Juru akhirnya terima jentera bomba sendiri

PBS Kuala Juru akhirnya terima jentera bomba sendiri

CHOW Kon Yeow (tengah) bersama Wahid (lima dari kiri) pada Majlis Kesyukuran dan Penyerahan Jentera PBS Kuala Juru di Dewan Persatuan Nelayan Unit B Kuala Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang -UTUSAN/NORUL AKMA MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Selepas lebih 20 tahun beroperasi, akhirnya hasrat pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela (PBS) Kuala Juru di sini untuk memiliki jentera bomba sendiri menjadi kenyataan.

Jentera berkapasiti 3,800 liter itu disumbangkan oleh kerajaan negeri hasil peruntukan sebanyak RM105,000 yang diberikan kepada PBS terbabit.

Pengerusi PBS Kuala Juru, Wahid Othman berkata, dengan adanya jentera baharu itu, kerja-kerja mencegah kebakaran serta keselamatan berkaitan yang berlaku di sekitar kawasan Kuala Juru khususnya dapat dilakukan secara lebih efisien.

“Untuk makluman semua, rumah-rumah di kampung Kuala Juru ini dibina dengan jarak yang dekat dan dikhuatiri apabila berlakunya kebakaran, api akan cepat merebak dari satu rumah ke satu rumah yang lain.

“Beberapa tahun yang lalu pernah terjadi satu kebakaran besar yang melibatkan lebih 10 buah rumah dan disebabkan kedudukan Kampung Kuala Juru terletak agak jauh dari balai bomba berdekatan, maka, pertolongan kecemasan tidak sampai tepat pada waktunya.

“Atas sebab itulah pihak persatuan mengambil inisiatif untuk memohon sebuah jentera bomba untuk kegunaan PBS di Kuala Juru ini,” katanya di sini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow turut hadir pada Majlis Kesyukuran dan Penyerahan Jentera PBS Kuala Juru itu di Dewan Persatuan Nelayan Unit B Kuala Juru, di sini.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, penyerahan jentera tersebut merupakan sebuah acara yang signifikan kerana ia merupakan jentera pertama yang dimiliki oleh PBS Kuala Juru ketika ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan turut memberikan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada PBS Kuala Juru bagi mereka menambah peralatan mahupun kelengkapan yang diperlukan agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik buat penduduk setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya