Pasangan warga China diusir dari pesawat selepas berkelakuan tidak siuman

Pasangan warga China diusir dari pesawat selepas berkelakuan tidak siuman

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sepasang warga China diusir dari pesawat selepas didapati menimbulkan kekecohan dalam sebuah pesawat yang ingin berlepas ke Jieyang Chaosan, China pada tengah hari semalam.

Dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) sekitar pukul 1.20 tengah hari itu, Balai Polis KLIA2 menerima satu laporan berhubung kekecohan dicetuskan seorang wanita warga China dalam pesawat.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, siasatan awal mendapati, wanita itu berkelakuan seperti kurang siuman sehingga mengganggu penumpang lain.

Beliau berkata, wanita itu dan pasangan lelakinya akhirnya telah dikeluarkan dari pesawat oleh petugas keselamatan.

“Pasangan itu kemudian dibawa ke Balai Polis KLIA2 dan ketika soal siasat dilakukan, mereka gagal memberi kerjasama dan masih berkelakuan tidak siuman serta bertindak agresif.

“Kami telah mendapatkan bantuan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan setelah pemeriksaan, mereka berdua diberikan ubat penenang,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Katanya, pasangan itu kemudian dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang bagi menjalani pemeriksaan kerana dipercayai kurang siuman sebelum ditahan di wad hospital.

Azman berkata, pihakmya tidak membuat tangkapan ke atas pasangan berkenaan sebaliknya membawa mereka ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

“Saringan air kencing oleh pihak hospital mendapati kedua-dua mereka bebas dari pengaruh dadah dan mereka kini ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN