Pasangan selebriti bercerai senyap-senyap? - Utusan Malaysia

Pasangan selebriti bercerai senyap-senyap?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKALI lagi, pening kepala Cik Bunga dibuatnya apabila ada sumber maklumkan pasangan selebriti popular ini sebenarnya sudah bercerai dengan baik di mahkamah. 

Tetapi kononya, perceraian itu dilakukan secara senyap-senyap, pergi ke mahkamah senyap-senyap dan kedua-duanya kononnnya bersetuju untuk tidak kecohkan hal itu kepada rakan media termasuk kepada umum. 

Cik Bunga difahamkan, pasangan itu buat keputusan tidak mahu kecohkan dahulu kerana mahu jaga reputasi. 

Mungkin juga bimbang perceraian itu menjejaskan kerja-kerja atau perjanjian kontrak kerja dengan ‘client’ dan sebagainya. Boleh jadi juga bukan? 

Bukan tiada selebriti sebelum ini yang bercerai secara sembunyi. Tahu-tahu, sudah bercerai sekali gus mengesahkan tanggapan orang yang selama ini sudah mengesyaki sesuatu berlaku dalam rumah tangga mereka. 

Sebagai contoh, gambar berdua pun sudah lenyap di media sosial termasuk sudah tidak saling mengikuti di akaun masing-masing. 

Apa yang geramnya, bila kita sudah hidu awal-awal tentang kegoyahan dan keruntuhan rumah tangga mereka itu dan ditanya, masing-masing tidak pula mahu mengaku. Bukan main berdolak dalih, termasuk menafikan. 

Hujung-hujung, ibaratnya sudah tiga empat bulan menjanda, menduda. Motif hendak hidup hikpokrit dan menipu? Entah apa-apalah mereka ini.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya