PETALING JAYA: Langkah kerajaan negeri menerapkan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) berasas kan al-Quran di 23 sekolah menengah agama (SMA) di bawah
seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah relevan dan selari dengan ajaran Islam.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri berkata, langkah itu yang selaras dengan ajaran Islam menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dan kajian saintifik yang boleh
dieksplorasi dalam disiplin ilmu wahyu.
Katanya, menghubungkan STEM dengan ilmu al-Quran adalah langkah relevan bagi membantu pelajar menguasai bidang tersebut ke tahap lebih tinggi dan memanfaatkannya
dalam kehidupan sejagat.
“Pas Selangor mengecam sekeras-kerasnya pihak yang memperlekeh usaha murni ini serta mempertikaikan keselarasan antara al-Quran dan STEM.
“Tanggapan bahawa Islam tidak menyokong kemajuan sains dan teknologi adalah pan dangan dangkal serta tidak berasaskan fakta sejarah Islam,” katanya dalam kenyataan.
Sabtu lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan mula menerapkan bidang STEM di 23 SMA bawah seliaan Jais tahun ini.
Menurutnya, program itu dibangunkan Yayasan Restu bagi menghubungkan STEM dengan nilai dalam al-Quran serta menggalakkan pemahaman lebih mendalam mengenai
kebesaran Allah melalui pendekatan saintifik.
Ab. Halim berkata, dunia Islam pernah melahirkan il muwan unggul dalam bidang STEM seperti al-Khawarizmi, Ibnu Sina dan al-Biruni, yang sehingga kini masih menjadi
rujukan utama dunia, termasuk negara-negara Barat.
“Sebagai alumni sekolah JAIS dan individu berpengalaman dalam sektor pendidikan di institut pengajian tinggi, saya mewakili Pas Selangor menyeru semua pihak, termasuk ibu
bapa, pendidik dan masyarakat di Selangor untuk menyokong pelaksanaan inisiatif ini.
“Langkah ini penting bagi memastikan pembangunan modal insan rakyat Selangor lebih berdaya saing dan berkualiti,” katanya.