PARLIMEN: 236 lawatan, RM44 juta kos menteri ke luar negara sepanjang 2024

PARLIMEN: 236 lawatan, RM44 juta kos menteri ke luar negara sepanjang 2024

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 236 lawatan menteri ke luar negara dengan kos perbelanjaan bagi kesemua berjumlah RM44 juta, sepanjang tahun lalu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, lawatan rasmi ahli-ahli Jemaah Menteri bertujuan untuk menghadiri mesyuarat berkala dan berjadual yang melibatkan Malaysia sebagai negara anggotadalam pelbagai pertubuhan antarabangsa.

Antaranya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Forum Ekonomi Dunia (WEF) dan Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8).

“Kehadiran Ahli Jemaah Menteri sebagai wakil kerajaan memainkan peranan penting dalam menunjukkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan diplomatik dan kedudukan negara di peringkat global.

“Selain itu, lawatan ke luar negara juga merupakan sebahagian misi galakan perdagangan dan pelaburan untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) untuk meningkatkan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berhubung perincian mengenai bilangan kekerapan dan kos lawatan luar negara yang dilakukan setiap Ahli Jemaah Menteri sepanjang 2024.

Mengulas lanjut, Dr. Zaliha berkata, perbelanjaan lawatan Ahli Jemaah Menteri ke luar negara sentiasa mematuhi tatacara kewangan yang berkuat kuasa, di samping mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dan berkesan.

“Setiap lawatan dirancang dengan teliti untuk mencapai nilai tambah yang maksimum dengan mengguna pakai kadar perbelanjaan yang optimum selaras dengan prinsip langkah penjimatan kerajaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya