PARLIMEN: Wujud aktiviti sewakan rumah awam kepada penyewa lain

PARLIMEN: Wujud aktiviti sewakan rumah awam kepada penyewa lain

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terdapat pemilik rumah Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) menyewakan kediaman mereka kepada pihak lain untuk mendapatkan keuntungan, sekali gus menyalahgunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengambil langkah menjalankan bancian secara berkala bagi menangani isu berkenaan. 

“Bancian secara berkala dilakukan bagi memastikan rumah yang disediakan oleh PBT diberikan kepada mereka yang benar-benar layak, sama ada untuk menyewa atau memiliki.

“Jika didapati penyewa menyewakan rumah mereka kepada pihak lain, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka,” katanya di sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) yang meminta beliau menyatakan berkaitan isu penyalahgunaan rumah mampu milik yang disediakan kerajaan untuk keuntungan peribadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya