KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mewajibkan semua pelabur asing yang beroperasi di Malaysia membeli sekurang-kurangnya 50 peratus barangan keperluan daripada pengeluar tempatan. Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, langkah berkenaan bertujuan untuk melindungi industri kecil dan sederhana (IKS) yang semakin terkesan akibat pengurangan jumlah perniagaan. Katanya, kebergantungan pelabur asing terhadap barangan import telah menjejaskan daya saing pengeluar tempatan, sekali gus memberi impak negatif kepada pertumbuhan sektor tersebut. “Ramai pelabur asing terima kontrak tempatan, sama ada dalam projek swasta mahupun projek kerajaan, lebih cenderung untuk mendapatkan barangan keperluan dari negara asal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya