PARLIMEN: Usaha KPM tambah prasekolah

Bilangan kelas prasekolah akan ditambah

WONG KAH WOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan dalam usaha untuk menambah bilangan kelas dan prasekolah di bawah penyelarasan institut pendidikan kementerian itu.

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, jumlah sedia ada akan ditambah sebaik sahaja projek yang sedang berjalan disiapkan.

“KPM juga dalam usaha untuk memperluas kelas-kelas pra sekolah yang kita ada. Pada tahun ini, jumlah prasekolah yang telah dibuka setakat 16 Februari lalu adalah sebanyak 130 kelas dan jumlah ini akan bertambah apabila kelas lain siap.

“Pada masa sama, KPM telah mengambil inisiatif untuk memperluas prasekolah bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di Institut Pendidikan Guru (IPG), sekolah menengah, kolej vokasional dan institusi lain di bawah KPM,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) berkenaan usaha Kementerian Pendidikan untuk menambahbaik program pendidikan awal kanak-kanak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya