PARLIMEN: Tiada silibus wajib berkaitan budaya pemakanan sihat di sekolah

PARLIMEN: Tiada silibus wajib berkaitan budaya pemakanan sihat di sekolah

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang mewajibkan silibus berkaitan budaya pemakanan sihat atau malnutrisi di sekolah berikutan peningkatan keadaan fizikal bantut dalam kalangan kanak-kanak.

Sebaliknya, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya sudah menggerakkan beberapa usaha antaranya menerusi Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) bagi membudayakan pemakanan sihat.

Oleh itu, beliau turut menuntut usaha sama daripada ibu bapa untuk mengamalkan makanan bernutrisi dan sihat di rumah sebagai teladan.

“Dalam silibus dan kurikulum kita mengenai nutrisi makanan sudah ada justeru saya tekankan, budaya pemakanan harus bermula dari rumah juga. Perlu ada sinergi daripada ibu bapa dan komuniti bagi memastikan budaya pemakanan ini diteladani.

“Bukan tidak ada komitmen sebegitu. Sebagaimana yang dilaksanakan oleh KPM iaitu Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS). HiTS ini berbeza dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kerana ia memerlukan komitmen ibu bapa.

“Jadi, ibu bapa membayar suatu jumlah kepada kantin sekolah dan kantin akan menyediakan makanan yang sihat untuk anak-anak tanpa berkecuali tetapi dengan syarat semua ibu bapa bersetuju untuk membayar jumlah tersebut dan bersetuju dengan menu yang dicadangkan

“Program ini dipantau oleh pakar nutrisi di peringkat daerah dan antara negeri yang berjaya dengan program ini adalah Johor. Selain itu, kita juga ada program tanggungjawab sosial korporat (CSR), yang memberikan makanan bernutrisi percuma kepada anak-anak,” katanya.

Fahlina berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja bagi Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) sama kerajaan mewajibkan silibus tentang pemakanan sihat berikutan masalah bantut dalam kalangan pelajar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya