PARLIMEN: Tiada garis panduan aktiviti keagamaan untuk jabatan kerajaan

PARLIMEN: Tiada garis panduan aktiviti keagamaan untuk jabatan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan tidak mempunyai sebarang garis panduan untuk jabatan dan agensi kerajaan mengenai aktiviti yang melibatkan unsur keagamaan.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kerajaan telah mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia sekaligus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.

“Segala pelaksanaan program dan inisiatif adalah berdasarkan tiga objektif yang digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara iaitu mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara; membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat menghormati bertanggungjawab; serta mengamalkan perpaduan,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Terdahulu, Dr. Halimah Ali (PN-Kapar) meminta kementerian menjelaskan adakah kerajaan mempunyai garis panduan untuk jabatan dan agensi Kerajaan mengenai aktiviti yang melibatkan unsur keagamaan dan boleh mencetuskan ketegangan antara kaum. 

Mengulas lanjut, Aaron turut berkata, kerajaan meletakkan pelaksanaan empat ikhtiar utama dalam aspek perpaduan kaum iaitu iaitu Ekosistem Perpaduan, Inisiatif Harmoni Madani, Eksplorasi Rukun Negara dan Komuniti Sosiobudaya.

“Inisiatif Harmoni Madani diperkenalkan bagi meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama, budaya dan adat resam sekaligus memperkukuhkan hubungan kebersamaan dan keharmonian 

“Asasnya, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian. Kita mempunyai masyarakat yang menganut pelbagai agama dan kepercayaan. Keunikan ini, sekiranya dijaga dengan betul, boleh menjadi kekuatan yang membentuk identiti negara kita,” ujarnya.

Aaron dalam masa yang sama turut menjelaskan kementerian yang terlibat dalam Jawatankuasa Perpaduan yang berperanan menguruskan isu-isu ketegangan melibatkan perkauman.

“Yang terlibat adalah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Komunikasi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Ini dia antara dalam senarai jawatankuasa dan jawatankuasa ini baru diadakan dan mereka telah melihat isu sensitif dari awal tahun pelbagai isu yang telah dikaji dan beberapa cadangan dalam tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang telah dibincangkan, lebih 10 isu yang timbul,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya