PARLIMEN: Tarif elektrik: Pengusaha inap desa, `kampungstay’ dikecualikan?

PARLIMEN: Tarif elektrik: Pengusaha inap desa, `kampungstay’ dikecualikan?

Jabatan Penerangan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mencadangkan kepada kerajaan supaya pengusaha inap desa dan ‘kampungstay’ dikecualikan daripada kenaikan tarif elektrik.  

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, cadangan itu dibuat berikutan perkembangan pesat sektor inap desa dan ‘kampungstay’ yang menarik hampir 830,000 pelancong domestik dan antarabangsa serta menjana pendapatan sekitar RM54 juta tahun lalu.  

“Saya akan meminta supaya pengusaha inap desa dikecualikan daripada kenaikan kadar tarif elektrik kerana mereka terdiri daripada kumpulan yang sepatutnya mendapat pengecualian.  

“Kenaikan ini hanya membabitkan sektor perindustrian dan kerajaan telah menjelaskan bahawa 85 peratus rakyat tidak akan terkesan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Inap Desa di Bangunan Parlimen, hari ini.  

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum itu berkata, kenaikan tarif elektrik yang akan berkuat kuasa Julai depan hanya melibatkan sektor perindustrian, dengan majoriti rakyat tidak akan terjejas.  

Mengulas mengenai sasaran sektor inap desa tahun ini, Ahmad Zahid berkata, kerajaan menyasarkan peningkatan kepada 1.6 juta pelancong dengan janaan pendapatan sekitar RM100 juta.  

“Tahun ini, kita akan memfokus kepada program pertukaran pelajar antarabangsa, khususnya dari negara ASEAN dan membawa mereka menginap di inap desa serta ‘kampungstay’.  

“Kita sedar masih terdapat kekangan dihadapi pengusaha, termasuk aspek infrastruktur dan fasiliti. 

“Oleh itu, jawatankuasa ini akan mencari jalan membantu mereka, termasuk meneruskan pemberian kursus khas untuk usahawan dan pengusaha sektor ini,” katanya.  

Beliau berkata, selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, adalah penting untuk inap desa dan penginapan luar bandar dipromosikan seiring dengan kemudahan penginapan di bandar seperti hotel, selain menonjolkan keunikan budaya serta keindahan alam semula jadi Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya