Jadi model tampung peruntukan kawasan - Syed Saddiq

Jadi model tampung peruntukan kawasan – Syed Saddiq

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa kecewanya di Sidang Dewan Rakyat semalam kerana masih tidak menerima peruntukan sebagai Ahli Parlimen walaupun berulang kali melakukan rundingan dengan kerajaan.

Beliau mendedahkan yang melakukan rundingan seba­nyak lima kali dan pelbagai surat maklum balas dihantar kepada kerajaan.

“Saya ikut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berunding dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, namun hasilnya mengecewakan.

“Lebih 400 hari tetapi bantuan kerajaan ke Pusat Khidmat Parlimen Muar (masih) RM0. Kalau tak nak kasi (peruntukan), cakap sahaja di dalam dewan ini bahawa (kamu) tidak mahu kasi,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong.

Syed Saddiq berkata, keengganan kerajaan memberikan peruntukan menyebabkan beliau memilih untuk menjadi model.

“Ada ahli Parlimen (kerajaan) marah jadi model, tapi terpaksa, Alhamdulilah dapat sumbangan RM1 juta bagi Parlimen Muar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya