KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mempercepatkan penggubalan Akta Pendanaan Politik bagi memastikan peruntukan sama rata dapat diberikan kepada semua wakil rakyat termasuk pembangkang.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, akta itu penting bagi menyelesaikan isu ketidakadilan dalam penyaluran dana terutama kepada pihak pembangkang.
“Akta ini penting supaya tiada lagi pihak mendakwa berlaku ketidakadilan dalam pemberian peruntukan kepada wakil rakyat, sama ada mereka dari pihak kerajaan atau pembangkang,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.
Wan Saiful berkata, tanpa akta khusus, penyelarasan dana politik sukar dilaksanakan secara adil dan berisiko menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap sistem politik negara.
“Sampai bila kita mahu biarkan perkara ini berlarutan, saya pun tidak faham kenapa akta ini tidak boleh disegerakan,” katanya – UTUSAN