PARLIMEN: RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan dibentang

PARLIMEN: RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan dibentang

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 dan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025  dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali pertama.

Pembentangan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said dan RUU itu akan dibahaskan di peringkat dasar, serta bacaan kedua pada sesi  Dewan Rakyat kali ini.

“Bacaan kali kedua pada mesyuarat kali ini,” katanya.

Sebelum ini Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan berkata, RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 merupakan langkah penting dalam mereformasi institusi demokrasi negara.

Beliau berkata, RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 pula akan dibawa bagi membolehkan Yang Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat menganggotai Majlis Parlimen.

“RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 adalah langkah pertama dalam usaha ke arah mereformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi utama negara, iaitu parlimen,” katanya.

Sebelum ini, pertubuhan masyarakat sivil yang mendesak untuk menghidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen menggesa Putrajaya telus dengan draf akhir rang undang-undang itu.

Akta Perkhidmatan Parlimen mula digubal pada tahun 1963, hanya beberapa bulan sebelum pembentukan Malaysia.

Ia membenarkan Parlimen bertindak sebagai badan yang benar-benar bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangannya dan mengawal perbelanjaannya.

Walau bagaimanapun, ia telah dimansuhkan pada tahun 1992 dan diletakkan sebagai agenda reformasi utama di bawah pentadbiran sekarang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya