PARLIMEN: RUU berkaitan kewarganegaraan belum diwarta, dikuatkuasakan

PARLIMEN: RUU berkaitan kewarganegaraan belum diwarta, dikuatkuasakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 17 Oktober lalu masih belum diwartakan dan dikuatkuasakan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) sudah memuktamadkan naskah perundangan RUU tersebut.

Menurut beliau dokumen tersebut turut sudah dihantar kepada Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) pada 31 Januari lalu bagi tujuan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Sehubungan itu, semua permohonan kewarganegaraan yang diterima akan terus diproses mengikut peraturan dan perundangan sedia ada sehingga pindaan Perlembagaan Bahagian III ini berkuat kuasa,” katanya menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang memintanya menyatakan langkah  yang akan diambil untuk menangani isu kewarganegaraan bagi anak-anak ibu yang lama memperjuangkan hak tersebut kerana RUU itu sudah diluluskan.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menjalankan kajian dan semakan menyeluruh terhadap perundangan, kaedah serta peraturan yang berkaitan.

Jelasnya, hasil semakan mendapati bahawa daripada 13 perundangan yang terlibat, hanya Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257) yang memerlukan pindaan terhadap Akta ibu.

“Di samping itu, semakan dan pindaan turut perlu dilakukan ke atas Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 serta peraturan-peraturan akta berkaitan melalui kuasa Menteri bagi memastikan keseragaman dan kelancaran dalam pelaksanaan undang-undang kewarganegaraan yang baharu ini,” jelasnya.

Tambahnya, prosedur operasi standard (SOP) bagi pemprosesan permohonan kewarganegaraan akan turut turut dipinda dan diselaraskan bagi memastikan pelaksanaannya selari dengan pindaan yang dibuat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya