Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia siap 8 Februari

Parlimen: Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia siap 8 Februari

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pusat Simulasi Bencana yang sedang dibina di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Pulau Meranti, Puchong dijangka siap pada 8 Februari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pusat simulasi milik Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bertujuan meningkatkan kecekapan dan tahap profesionalisme anggota SMART dalam mendepani segala bentuk kemungkinan bencana yang berlaku.

“NADMA juga bercadang untuk menjadikan Tapak Simulasi Bencana atau Pusat Simulasi ini sebahagian dari modul latihan yang akan dijadikan sebagai Pusat Kecemerlangan Pengurusan Bencana Negara (myCEDM),” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Muhammad Islahuddin Abad (PN-Mersing) yang memintanya menyatakan menyatakan pelan jangka pendek, sederhana dan panjang yang telah digariskan oleh pihak NADMA.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Pusat Perpindahan Kekal Bencana (PPKB) adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk kemudahan dan keselesaan kepada mangsa yang ditimpa bencana.

Jelasnya, PPKB dibina dalam kawasan sekolah di lokasi strategik untuk pemindahan mangsa bencana yang bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan PPKB sebagai serampang dua mata.

Katanya ia bukan sahaja boleh menjadi pusat pemindahan mangsa bencana tetapi juga sebagai tempat untuk aktiviti pelajar semasa tidak berlaku bencana.

“Hasrat kerajaan melalui NADMA bagi pembinaan PPKB ini adalah bagi mengurangkan gangguan kepada pihak sekolah apabila berlaku sesuatu bencana terutamanya banjir.

“Dalam masa yang sama membantu sekolah-sekolah milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) mempunyai kemudahan dewan terbuka beserta komponen-komponen yang terdapat dalam PPKB,” katanya.

Tambahnya, pada masa ini sebanyak sembilan PPKB sedang dibina sebagai ‘pilot project’ untuk kemudahan dan keselesaan kepada mangsa yang ditimpa bencana iaitu di Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak dan Sabah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya