PARLIMEN: Projek tebatan banjir Sungai Golok dilaksanakan serentak, tidak lagi mengikut fasa

PARLIMEN: Projek tebatan banjir Sungai Golok dilaksanakan serentak, tidak lagi mengikut fasa

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Projek Tebatan Banjir Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok akan dilaksanakan secara serentak dan tidak lagi mengikut fasa,1,2 dan 3 sebagaimana dirancang sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan serentak itu dibuat bagi memastikan projek dapat disiapkan lebih awal, sekali gus mengurangkan risiko bencana banjir yang sering melanda kawasan Tumpat, Pasir Mas dan Rantau Panjang.

Katanya lagi, kerajaan Kelantan turut memberi jaminan akan mempercepatkan proses pengambilan tanah dalam tempoh enam bulan berbanding perancangan asal yang mengambil masa sehingga 24 bulan membabitkan keseluruhan fasa.

“Sekarang keputusan kita sekalikan perlaksanaan ketiga-tiga fasa projek itu, tetapi dengan menyegerakan bermakna kerajaan perlu menambah RM2 bilion tetapi pada masa sama bila kita menyegerakan, penjimatan kos ketiga fasa PLSP Sungai Golok itu kita jimat 1.7 bilion,

“Sebab itu saya katakan soal tata kelola, ketelusan projek harus dijaga,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini, hari ini. 

Terdahulu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman  (Muda-Muar) meminta Perdana Menteri menyatakan langkah proaktif bagi menangani banjir pada setiap kali musim monsun serta faktor luar jangka di kawasan yang sering dilanda banjir serta berpotensi dilanda banjir pada masa akan datang.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, jika kerajaan Kelantan selesai melakukan proses mengambil tanah dalam tempoh enam bulan ini, kerja awal  projek berkenaan yang akan diselia Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dibawah  portfolio Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof  yang boleh dimulakan seawal Mei ini.

“Persiapan awal telah dimulakan dan perancangannya pada Mei atau akhir Jun..itu bergantung kecepatan atau keputusan kepada proses pengambilan tanah,” katanya.

Anwar turut memaklumkan sehingga kini sebanyak 126 projek tebatan banjir diluluskan seluruh negara dengan kos 22.57 bilion termasuk perancangan projek di Johor  iaitu kawasan Segamat, Batu Pahat dan Ledang yang dimulakan 12 bulan lebih awal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya