PARLIMEN: Platform pertukaran anggota kesihatan secara suka sama suka bermula April

PARLIMEN: Platform pertukaran anggota kesihatan secara suka sama suka bermula April

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan kini di peringkat akhir membangunkan sistem platform digital permohonan pertukaran secara suka sama suka membabitkan anggota kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pelaksanaan sistem tersebut secara berfasa dan bersasar itu dijangka mula digunakan pada April tahun ini.

Sebelum ini, katanya, pertukaran secara suka sama suka anggota kesihatan diperkenal sekiranya terdapat anggota lain yang berminat untuk menggantikan tempatnya.

“Berdasarkan kepada proses pertukaran biasa, seorang anggota boleh dipertimbangkan pertukaran selepas telah bertugas di satu-satu fasiliti sekurang-kurangnya tiga tahun di suatu fasiliti.

“Namun, KKM sentiasa mempertimbangkan secara case to case basis sekiranya ada anggota yang mempunyai kesusahan seperti ahli keluarga yang sakit, KKM akan mempertimbangkan pertukaran anggota tersebut berdasarkan kesukaran yang sedang dihadapi anggota tersebut,” katanya dalam sesi penggulungan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, Dzukefly memaklumkan, pelaksanaan platform digital Pertukaran Suka Sama Suka oleh Kementerian Kesihatan bertujuan membolehkan petugas kesihatan dalam skim yang sama bertukar tempat bertugas tanpa perlu campur tangan Bahagian Sumber Manusia.

Katanya, perbincangan untuk mewujudkan platform itu telah dimulakan sejak tahun lepas bagi memperkenalkan sistem yang dapat berfungsi dengan efisien tanpa campur tangan pentadbiran.

Beliau juga optimis bahawa platform berkenaan mampu menangani isu seperti lesu upaya (burnout) dalam kalangan petugas kesihatan yang ditempatkan jauh dari kediaman mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya