Permohonan Maktab Tentera Diraja meningkat di sebalik kes buli

Permohonan ke Maktab Tentera Diraja meningkat di sebalik kes buli

ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah permohonan pelajar ke Maktab Tentera Diraja meningkat pada tahun ini meskipun terdapat kes buli yang berulang di maktab berkenaan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, sebanyak 3,990 permohonan yang diterima pada 2025, sebaliknya hanya 260 pelajar sahaja yang ingin diambil.

“Sebenarnya keyakinan rakyat Malaysia sangat tinggi, pada 2024 kita lihat ibu bapa cuba untuk dapatkan ruang untuk anak-anak mereka, sebanyak 2,200 pada 2024 permohonan sedangkan pengambilan 260 orang sahaja.

“Pada 2025 pula, walaupun pelbagai isu dibangkitkan Maktab Tentera Diraja dan kita ada disiplin tersendiri, kita menerima 3,990 permohonan walaupun pengambilannya 260 orang.

“Sebab itu kalau lihat Maktab ini kalau nk masuk prosesnya adalah kewibawaan seorang pelajar akan diambil, malah semua aspek, bukan sahaja pendidikan, tetapi kokurikulum juga dinilai selain sikap dan keupayaan mereka,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr. Halimah Ali (PN-Kapar) berkenaan penilaian daripada segi perwatakan ekoran kejadian buli dalam Maktab Tentera Diraja.

Dalam masa yang sama, Adly turut menegaskan siasatan akan dilaksanakan dan tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kejadian buli.

Katanya, ia merupakan langkah tegas untuk memberhentikan kejadian tersebut sudah membarah secara sistemik di Maktab Tentera Diraja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya