Penyerang Balai Polis Ulu Tiram belajar buat bom di internet

PARLIMEN: Penyerang Balai Polis Ulu Tiram belajar buat bom, tembak di internet

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyerang Balai Polis Ulu Tiram di Johor Bharu semasa insiden 17 Mei lalu mempelajari kaedah pembuatan bom tangan dan menembak melalui internet.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan ke atas gajet individu tersebut mendapati terdapat panduan membuat bom dan menembak menggunakan pistol.

Katanya, semasa pihak polis melakukan serbuan ke rumah penyerang mendapati terdapat dua kitab iaitu buku membetulkan bacaan tajwid al-Quran dan kitab jihad.

“Kita ambil semua ahli keluarganya sebab pada pagi kejadian apabila pihak polis pergi ke rumah, soalan pertama bapanya kepada pasukan polis adalah ‘Polis dah mati dah?’ dan ditanya lagi ‘Bagaimana mati?’.

“Apabila disebut ‘Ya sudah mati, anak pakcik yang bunuh’, (dia kata) ‘Alhamdulillah, anak saya di syurga’. Ini satu bentuk ideologi yang sangat menganjurkan kepada keganasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi penjelasan menteri berkenaan penggunaan dan perancangan kerajaan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) di Dewan Rakyat, hari ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya