PARLIMEN: Pemimpin politik diingat jangan guna sentimen perkauman 

PARLIMEN: Pemimpin politik diingat jangan guna sentimen perkauman 

Aminolhuda Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua pihak termasuk ahli politik perlu memainkan peranan penting dalam memupuk keharmonian nasional tanpa menjejaskan perpaduan kaum.

Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan berkata, keadaan yang berlaku ketika ini berada pada tahap membimbangkan, malah berpotensi menyumbang kepada faktor perpecahan antara kaum.

“Ahli politik perlu menghentikan budaya kelompok sendiri. Kita sudah melihat sikap politik matang dan berhemah menyumbang kepada kestabilan politik dan ia memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

“Tetapi malangnya masih wujud segelintir pimpinan politik sanggup mengorbankan perpaduan negara demi kepentingan politik sempit. Mereka tidak teragak-agak menggunakan sentimen perkauman dan agama sebagai alat untuk meraih sokongan,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Katanya, fitnah yang dilemparkan oleh sesetengah ahli politik bukan sahaja berkisarkan kepada dasar pentadbiran negara, tetapi serangan yang boleh menimbulkan bibit kebencian terhadap kerajaan, sekali gus perkara sedemikian tidak wajar berlaku.

“Tuduhan tidak berasas ini akan mencemarkan maruah yang juga berpotensi membakar api kebencian dalam kalangan rakyat. Strategi politik kotor ini juga bukan perkara baharu. Tetapi kini dilihat semakin menjadi-jadi. Kita lihat ceramah politik menyebar fitnah kerajaan hari ini dan mengancam kedudukan Islam dan Melayu.

“Hakikatnya ia hanya naratif palsu untuk menghasut rakyat agar membenci pemerintah sedia ada. Apakah kita mahu membiarkan taktik sebegini merosakkan perpaduan yang sekian lama telah dibina?,” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya