PARLIMEN: Pelaksanaan tol MLFF belum capai kata sepakat

PARLIMEN: Pelaksanaan tol MLFF belum capai kata sepakat

Ahmad Maslan - JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Kementerian Kerja Raya belum mencapai kata sepakat antara 33 syarikat konsesi lebuh raya bagi pelaksanaan kutipan tol secara aliran pantas pelbagai lorong (MLFF).

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perjanjian pelantikan yang ditandatangani oleh kerajaan dan syarikat pencadang bagi pelaksanaan MLFF telah berakhir pada 16 Disember tahun lalu.

Katanya, halangan utama dan gagal rundingan itu kerana persetujuan tidak dapat dicapai memandangkan hanya 20 yang setuju manakala 13 lagi tidak setuju.

“Dalam tempoh perjanjian pelantikan tersebut, tiga pihak utama iaitu kerajaan, 33 syarikat konsesi lebuhraya dan syarikat pencadang selepas selepas tiga tahun tidak dapat mencapai persetujuan untuk memuktamadkan rundingan dan secara langsung perjanjian pelantikan tersebut telah terbatal.

“Bagaimanapun, Kementerian Kerja masih komited untuk melaksanakan kutipan tol secara MLFF dalam memastikan keselesaan dan kemudahan kepada pengguna lebuh raya.

“Justeru itu pihak kementerian akan mendapatkan hala tuju baharu daripada jemaah menteri untuk kaedah pelaksanaan MLFF dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berhubung pendirian semasa kerajaan dalam memuktamadkan hala tuju struktur tadbir sistem pembayaran tol MLFF dan status terbaharu rundingan syarikat konsesi lebuh raya mengenai pelaksanaannya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya