PARLIMEN: Peguam jangan ‘anak tirikan’ Bahasa Melayu

PARLIMEN: Peguam jangan ‘anak tirikan’ Bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengamal undang-undang diingatkan supaya tidak ‘menganak tirikan’ Bahasa Melayu dalam bidang kerjaya mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran berkata, peguam perlu fasih menggunakan Bahasa Melayu meskipun kebanyakan silibus pembelajaran khususnya dalam Sijil Amalan Guaman (CLP) dalam Bahasa Inggeris.

“Betul, kita berpandangan peguam-peguam (memang) perlukan kredit untuk Bahasa Melayu di Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk jadi peguam cara.

“Di mahkamah semua (prosiding) dijalankan dalam Bahasa Melayu tapi jangan kita lupa kebanyakan buku, saya boleh cakap lebih 90 peratus adalah dalam Bahasa Inggeris. (Namun mereka) juga masih perlu fasih dalam Bahasa Melayu. Jangan anak tirikan Bahasa Melayu,” katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Besut-PN) dalam soalan tambahannya meminta Timbalan Menteri menjelaskan mengenai pemerkasaan Bahasa Melayu dalam kalangan peguam dalam CLP.

Kulasegaran dalam masa yang sama turut berkata, Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan keanggotan lembaga tersebut dijangka akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

“Saya juga bersetuju kita ada wakil dari Sabah dan Sarawak perkara ini telah diutarakan dan beberapa mesyuarat telah diadakan. Saya percaya RUU ini akan dibawa pada sesi akan datang supaya (pihak) yang berkepentingan akan menjadi anggota,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya