PARLIMEN: Pegawai LHDN tidak diberi komisyen 

PARLIMEN: Pegawai LHDN tidak diberi komisyen 

AMIR HAMZAH AZIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan menegaskan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak menerima sebarang komisyen berdasarkan pencapaian mereka secara individu.

Menterinya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, agihan imbuhan tahunan atau bonus oleh LHDN kepada pegawai dan kakitangannya adalah berpandukan pencapaian penunjuk prestasi utama (KPI) yang ditentukan oleh Mesyuarat Anggota Lembaga LHDN (MLHDN).

Kata beliau, pengiraan kuantum bonus adalah berdasarkan kepada pencapaian KPI korporat LHDN dan individu yang berkait secara langsung dengan pencapaian sasaran kutipan cukai langsung yang sudah ditetapkan oleh kerajaan.

“Berdasarkan pencapaian KPI tersebut, LHDN akan memohon kepada Kementerian Kewangan untuk memuktamadkan kuantum bonus.

“Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan di sini dan adalah penting untuk dinyatakan bahawa tiada sebarang komisyen yang diberikan kepada pegawai LHDN  berdasarkan pencapaian secara individu,” katanya menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) yang memintanya menyatakan bagaimana LHDN menetapkan insentif, bonus dan komisyen kepada pegawainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya