Parlimen mesti bebas untuk wakil rakyat berbahas isu rakyat - Hamzah - Utusan Malaysia

Parlimen mesti bebas untuk wakil rakyat berbahas isu rakyat – Hamzah

hamzah
HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembangkang menyifatkan Parlimen kini tidak lagi bebas untuk pembuat dasar membahaskan isu-isu apabila sudah menjadi sebuah sekolah diketuai oleh seorang pengetua yang terlalu tegas.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Parlimen sepatutnya bebas kerana ahlinya merupakan pembuat dasar dan membahaskan isu berkaitan rakyat untuk kepentingan negara.

Beliau merujuk kepada ketegasan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul  antaranya melarang perbahasan mengenai Gag Order Titah Adendum.

“Hari ini, kita bukan lagi lawmakers (pembuat-pembuat dasar), kita sudah menjadi budak sekolah yang sudah pengetua begitu strict (tegas), yang ‘jangan cakap, duduk dalam kelas jangan tanya, cikgu hanya ada beberapa minit sahaja’.

I’m not really a lawmaker apabila banyak perkara yang saya nampak menyulitkan kita untuk membantu rakyat. Kalau tidak boleh buat di Parlimen, kita akan turun ke bawah untuk buat ‘roadshow’ tetapi kita tidak akan baring di atas jalan raya,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media, Bangunan Parlimen, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya