PARLIMEN: Malaysia punyai tenaga profesional tenaga nuklear mencukupi

PARLIMEN: Malaysia punyai tenaga profesional tenaga nuklear mencukupi

Fadillah Yusof -JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai tenaga profesional yang mencukupi untuk membantu negara melakukan peralihan kepada penggunaan tenaga nuklear.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kementeriannya sudah menubuhkan jawatankuasa bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk penjanaan kuasa serta melahirkan sumber manusia yang mempunyai kepakaran dalam tenaga nuklear.

Kata beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, fakulti khusus berkenaan tenaga nuklear sudah diwujudkan negara di peringkat pengajian tinggi bagi melatih sumber manusia.

“Profesional kita (sudah) ada, sebahagiannya sudah ke luar negara bila satu ketika dahulu, kita nak beralih ke tenaga nuklear tetapi peracangan itu ditamatkan. Ada juga (tenaga profesional) yang masih berada di dalam negara.

“Kita mempunyai tenaga profesional dan teknikal yang cukup tetapi kalau diputuskan oleh kerajaan untuk menjanakan tenaga melalui nuklear maka aspek teknikal itu kita akan perincikan,” katanya di Dewan Rakyat semasa membuat menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Dalam pada itu, Fadillah berkata, kerajaan akan menilai teknologi yang paling bersesuaian untuk peralihan ke tenaga nuklear dari segi kos dan tahap keselamatan.

“Kerajaan juga memastikan advokasi rakyat dilaksanakan bagi meningkatan pemahaman dan penerimaan masyarakat terhadap teknologi ini,” jelasnya.

Beliau berkata, Reaktor Triga Puspati yang beroperasi sejak 1982 merupakan bukti kepakaran dan kejayaan rakyat dalam mengendali fasiliti penyelidikan nuklear dengan selamat serta berkesan.

“Pengalaman lebih empat dekad ini buktikkan kemampuan negara dan menguruskan teknologi nuklear secara bertanggungjawab serta akan dimanfaatkan dan dinilai tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada campuran tenaga negara.

“Kerajaan akan terus memastikan setiap langkah diambil sejajar dengan standard keselamatan antarabangsa serta kepentingan strategik negara,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya