PARLIMEN: Lebih 70 pertubuhan terlibat jenayah terancang

PARLIMEN: Lebih 70 pertubuhan terlibat jenayah terancang

Saifuddin Nasution Ismail - JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 70 pertubuhan di negara ini didapati terlibat dalam aktiviti haram dan jenayah terancang termasuk gangsterisme serta pelacuran hingga memudaratkan ketenteraman awam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747) digunakan bagi menangani aktiviti jenayah serius, kompleks dan berstruktur hingga mengancam keselamatan negara.

Kata beliau, akta tersebut digunakan untuk menangani kumpulan gangsterisme atau jenayah terancang yang menjalankan aktiviti haram seperti perdagangan dadah, pelacuran, rompakan bersenjata dan pemerasan.

Katanya, Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengisytiharkan mana-mana pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang sekiranya didapati memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.

“Setakat ini 72 pertubuhan kongsi gelap telah kita senaraikan dalam seksyen tersebut dan diwartakan. Misalnya, Geng 360 Devan yang dianggotai 110 ahli serta menguasai aktiviti pengedaran dadah dari Selatan hingga ke Pulau Pinang.

“Seramai 82 anggota kumpulan itu sudah ditangkap ketika operasi dijalankan, 63 sudah dituduh di mahkamah dan kes juga sudah disabitkan. 18 ahlinya telah dibebaskan serta satu orang dikenakan tindakan Akta Pencegahan Jenayah (POCA),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi penjelasan menteri berkenaan penggunaan dan perancangan kerajaan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) di Dewan Rakyat, hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya