PARLIMEN: KPM beri amaran pada pihak cuba bocorkan kertas SPM

PARLIMEN: KPM beri amaran pada pihak cuba bocorkan kertas SPM

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi amaran tegas kepada mana-mana individu yang cuba membocorkan soalan berkaitan kertas peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kertas peperiksaan SPM disediakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan piawaian yang kertas.

Kata beliau, kertas peperiksaan itu dikelasifikasikan sebagai sulit iaitu sesuai dengan peruntukan dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 dan tidak boleh diakses oleh mana-mana pihak.

Jelasnya, ia hanya boleh dibuka pada hari peperiksaan iaitu di hadapan calaon di dalam dewan atau bilik peperiksaan.

“KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pihak yang terlibat dalam sebarang isu berkaitan kebocoran kertas peperiksaan SPM.

“Tindakan boleh dikenakan ke atas mana-mana pihak atau individu sekiranya mereka disabitkan bersalah oleh pihak berkuasa mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“KPM memberi peringatan tegas kepada semua personel dan petugas peperiksaan yang terlibat dengan pengendalian peperiksaan SPM untuk memastikan dokumen dan bahan sulit peperiksaan dikendalikan dengan penuh integriti berdasarkan piawaian keselamatan ditetapkan,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Hassan Saad (PN-Baling) yang membangkitkan langkah-langkah diambil KPM untuk integriti dan kerahsiaan kertas peperiksaan SPM terpelihara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya