Klip video mengerikan berkaitan Sosma ditayangkan

PARLIMEN: Klip video mengerikan berkaitan Sosma ditayangkan di Dewan Rakyat

PARLIMEN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Dewan Rakyat ditayangkan sebuah klip video bagi menerangkan mengenai penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penayangan klip video yang berdurasi dua minit itu adalah untuk memberi penjelasan mengenai penggunaan undang-undang tersebut.

“Saya minta izin untuk menunjukkan sedikit klip video, pendek sahaja sekitar kurang dari dua minit untuk boleh kita memahami tentang penggunaan undang-undang ini dalam kes jenayah yang bagaimana,” katanya semasa memberi penerangan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Susulan itu, Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul berkata, beliau membenarkan Saifuddin Nasution menayangkan klip video yang visualnya mengerikan atau disturbing.

“Saya menasihati semua ahli-ahli Yang Berhormat (dan) pegawai yang berada di dalam dewan ini, ia hanya untuk tatapan sahaja. Saya tidak akan benarkan video ini disebar diluar.

“Pegawai-pegawai dan ahli-ahli Parlimen jangan rakam video ini, ia hanya untuk (tontonan) kita sahaja. Saya akan arahkan teknikal untuk tidak menyebarkan di luar,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya