KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan untuk membangunkan silibus dan modul perubatan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dalam sektor kesihatan. Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang berkata, perkara itu memerlukan perbincangan bersama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebelum sebarang tindakan dilakukan. “Ia satu cadangan yang akan dipertimbangkan memandangkan penggunaan AI sangat diperlukan pada masa kini terutama dalam sektor kesihatan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Mohd. Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) yang meminta Menteri Kesihatan menyatakan cadangan untuk membangunkan silibus AI. Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak kementerian juga sedang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya