PARLIMEN: Ketiadaan laporan dasar jejas pelaksanaan inovasi

PARLIMEN: Ketiadaan laporan dasar jejas pelaksanaan inovasi

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketiadaan laporan tahunan dan dokumen dasar di laman sesawang Yayasan Inovasi menjadi penghalang utama kepada keberkesanan pelaksanaan dasar inovasi baharu negara.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal  berkata,  situasi berkenaan menjejaskan pemahaman masyarakat serta pihak pelaksana dalam mengimplementasikan dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi merapatkan jurang ekonomi sosial rakyat.  

“Bagaimana kita mahu melaksanakan dasar yang diumumkan jika tiada garis panduan yang jelas disediakan? 

“Tanpa laporan tahunan dan dokumen rujukan, adalah sukar untuk kita menilai pencapaian serta langkah-langkah yang perlu diambil,” katanya di sidang Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau mengemukakan soalan tambahan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berhubung tentang langkah-langkah kerajaan dalam memastikan cabaran melibatkan jurang sosial ekonomi rakyat dapat diatasi.

Mengulas lanjut, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal menjelaskan pihaknya telah melancarkan dasar baharu inovasi pada tahun 2024.

Beliau berkata, pelaksanaan dasar baharu itu bertujuan memperkukuhkan pembangunan inovasi negara dengan lebih jelas dan tersusun.

“Dasar baharu ini kita baharu sahaja umumkan, bukan tiada laporan, cuma masih lagi dalam proses terutamanya bagi menyediakan garis panduan serta pelan tindakan yang lebih jelas. 

“Kami memberi komitmen bahawa semua laporan itu memang ada, cuma tidak ditunjukkan di laman sesawang Yayasan Inovasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya